Monday 14 December 2015

KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA





Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Bincangkan.

4 comments:

  1. baiklah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudari kerana berkongsi maklumat. Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat dilakukan pada lain masa.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari fara. Pada pandangan saya yang dapat saya berikan berdasarkan tajuk forum yang ke empat ini. Ia mengulas secara langsung terhadap suasana persekitaran sekolah yang sangat efektif terhadap pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, apa yang dapat saya kongsikan kepada saudari bahawa tahap kesihatan mental kanak-kanak semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Lantaran itu, masalah ini haruslah dicegah oleh pihak yang wajib menjaga kebajikan kanak-kanak. Contohnya, kajian kaunseling terhadap beberapa pelajar sekolah yang mengalami masalah stress yang tinggi, wal hal pada zaman kanak-kanak seharusnya mereka tidak mengalami masalah tekanan jiwa. Hal ini, sememangnya memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan kanak-kanak tersebut. Kerana kanak-kanak yang mengalami tekanan diusia ini akan mengalami banyak masalah sosial terutama sekali isu kanak-kanak berani lari dari rumah kerana takut akan ibubapa yang garang yang sering mendera mereka. Ini mengakibatkan pergaulan kanak-kanak tersebut akan mula tercemar kerana mereka akan bergaul dengan orang yang dapat melindungi mereka dari dicederakan. Namun, adakalanya mereka tersalah memilih golongan yang dapat melindungi mereka iaitu mereka ini yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan diri kanak-kanak tersebut.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...berjumpa sekali lagi di dalam blog ini.

    Pernyataan ini mungkin boleh menjadi tajuk kajian bagi individu yang mengambil sarjana dalam pendidikan.

    Memulakan bicara kita bukanlah doktor yang pakar untuk menentukan kesihatan mental bagi kanak-kanak di peringkat prasekolah atau sekolah rendah.Namun begitu marilah kita mendalami sedikit maksud kesihatan mental itu secara umum dahulu. Menurut Dr Sharol Lail Sujak (2000:6) kesihatan mental adalah berkaitan dengan minda. Minda ialah cara kita berfikir dan beremosi. Secara umumnya, kesihatan mental adalah berkenaan dengan kesejahteraan hidup iaitu:
    1. Menghargai diri sendiri dan merasakan dirinya sangat berharga.
    2. Berbaik sangka terhadap manusia.
    3. Mempunyai daya tahan dalam menghadapi masalah

    Maka ini berasaskan kepada maksud tadi marilah kita fokus kembali kepada topik perbincangan di atas. Kesihatan mental kanak-kanak berpunca dari rumah lagi. Mungkin boleh dikatakan pembinaan kesihatan mental itu bermula dari dalam rahim ibu lagi. Kesejahteraan persekitaran dalaman keluarga itu mempengaruhi kesihatan mental bagi kanak-kanak itu. Jika sesebuah keluarga itu hidup dalam suasana berkasih sayang dan saling menyokong antara satu sama lain, suasana ini akan mempengaruhi emosi kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan berasa gembira, berasa disayangi dan berasa selamat.

    Jika pula kanak-kanak membesar dalam suasana keluarga yang berpecah belah, maka emosi kanak-kanak tersebut akan menjadi sebaliknya seperti muram dan pendiam kerana perasaan takut dan kurang yakin terbawa-bawa ke sekolah atau menjadi nakal untuk menarik perhatian orang lain sebab kurang kasih sayang di rumah, menjadi anak yang kuat memberontak seperti suka cari gaduh atau pembuli kerana pengaruh negatif yang dilihat dari rumah dan suasana rumah yang tidak aman dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa dan sikap ketidakpedulian ibu bapa terhadap anak-anak.

    Berpunca daripada ini kanak-kanak kurang percaya dan menghargai diri sendiri, sentiasa berburuk sangka dengan rakan dan kurang daya tahan dalam menghadapi masalah. Berdasarkan ini, ramai kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah mengalami masalah dari kesihatan mental mereka. Kekadang ibu bapa tidak mengetahui kesan daripada permasalahan keluarga boleh mengganggu kesihatan mental anak-anak mereka. Selain itu, penderaan juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental sehinggakan mengganggu proses tumbesarannya dan perkembangan emosi dan minda anak itu sendiri seterusnya mengganggu juga dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak tersebut. Isu ini banyak berlaku sejak kebelakangan ini dan ia perlulah dibendung kerana kanak-kanak ini merupakan modal insan pada masa akan datang.

    ReplyDelete