Monday 14 December 2015

MASALAH BAGI KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA





Menurut anda, apakah permasalahan yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa? Berikan pendapat anda.

7 comments:

  1. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.


    Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam saudari. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Daripada yang telah saudari nyatakan, di sini kita dapat lihat jurang di antara ayah dan anak itu lebih kepada kesibukan yang menjadi penghalang dalam membentuk keharmonian dalam sesebuah keluarga.

      Anak mereka akan lebih bersama rakan-rakan berbanding ayah mereka. Ini kerana, masa yang diperuntukan oleh seorang ayah itu adalah terhad. Oleh itu, pengurusan masa yang efektif perlu dirancang dengan baik agar perapatan antara anak dan ayah itu terjalin dengan erat.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari farah. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.

    ReplyDelete
  3. Asslammualaikum saudari,Farah

    saya ingin memberi beberapa pandangan tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.

    Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. bapanya.


    Komunikasi Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam saudari Bella. Terima kasih kerana sudi memberikan pendapat. Di sini saya simpulkan bahawa hubungan di antara bapa dan anak itu perlu diwujudkan sejak kecil lagi. Kelangsungan daripada itu, anak-anak akan mudah berkomunikasi dengan bapa dan tidak tertumpu pada ibu sahaja. Pengurusan masa perlu diperbaiki agar anak-anak tidak merasakan diri mereka diabaikan. Oleh itu, anak-anak akan merasakan diri mereka di sayangi dan mempunyai tempat rujukan yang baik jika mereka menghadapi masalah.

      Delete
  4. Assalamualaikum, saudari Nurfarah Izzati Ismail.

    Berdasarkan permasalahan yang anda kemukakan berkaitan hubungan rapat antara bapa dan anak serta masalah yang mungkin timbul jika kerapatan itu tiada, di sini beberapa pandangan yang boleh dikongsi bersama.

    Anak ada hasil daripada perkongsian hidup dua insan yang akhirnya bergelar ibu dan bapa setelah mendapat zuriat.Sepertimana yang anda ketahui anak-anak akan lebih rapat dengan ibu masing-masing kerana ibu yang melahirkan anak itu.

    Bagaimana dengan bapa pula? Adakah anak itu akan menjadi rapat sepertimana dengan ibunya. Hal ini bergantung kepada individu bapa itu.

    Pada pandangan saya ada beberapa faktor anak-anak tidak begitu rapat dengan bapa masing-masing. Faktor pertama mungkin tanggapannya sendiri bahawa mendidik anak-anak dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada isterinya. Maka itu, didikan, asuhan dan bimbingan diserahkan bulat-bulat kepada isterinya dan dia bertanggungjawab sebagai pencari nafkah untuk keluarga. Bapa sebegini bagus kerana dia mencari nafkah untuk keperluan asas keluarganya tetapi kekurangannya adalah kerapatannya dengan anak-anak agak kurang sebab dia meletakkan tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada isterinya sepenuhnya.

    Kedua mungkin faktor kerjaya. Ada sebilangan bapa terlalu mengutamakan kerjayanya sehingga keluarga sendiri terabai.Faktor seterusnya mungkin bapa tersebut lebih mengutamakan orang luar contohnya sahabatnya berbanding keluarganya sendiri.

    Berdasarkan faktor-faktor ini menyebabkan kerapatan anak dengan bapa tiada kerana berpunca daripada komunikasi berkesan di dalam keluarga tidak berlaku. Komunikasi ini mungkin boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi badan dan komunikasi verbal atau pertuturan.

    Sebagaimana yang kita ketahui anak-anak mempunyai fasa tumbesarannya iaitu bermula daripada alam bayi selepas ia dilahirkan dan alam kanak-kanak sebelum ia melangkah ke alam tumbesaran yang seterusnya.

    Oleh itu, komunikasi berkesan amat penting dalam proses tumbesaran ini iaitu bermula daripada sentuhan mesra seorang bapa kepada anaknya semasa alam bayi dan seterusnya komunikasi verbal yang lebih kerap apabila tumbesaran bayi itu meningkat. Hal ini akan membantu diri anak itu membesar dengan lebih yakin diri dan mempunyai personaliti diri yang teguh.

    Jika anak-anak yang kurang rapat atau tidak rapat dengan bapa masing-masing akan menunjukkan personaliti yang sebaliknya seperti kurang keyakinan diri kerana anak-anak tidak ada idola untuk dicontohi dalam pembinaan keyakinan diri.Sebagaimana yang kita tahu bapa adalah pemimpin sebuah keluarga, namun jika bapa tidak rapat dengan anak-anak bagaimana anak-anak dapat membina keyakinan diri mereka kerana tidak bersama dengan ibu dalam membina keyakinan diri anak-anak itu.

    Berdasarkan kekurangan ini anak-anak juga akan menjadi seorang yang berpendirian goyah atau tidak teguh. Anak-anak senang saja mengikut kata hati sendiri tanpa berfikir lebih jauh terutama dalam berkawan. Kanak-kanak kecil jika dididik dan diasuh sepenuhnya oleh kedua ibu bapanya dengan penerapan nilai yang teguh dan ditegaskan lagi oleh seorang bapa, kanak-kanak tersebut berkawan dengan kawan-kawannya namun anak-anak itu tidak akan terikut-ikut tingkah laku rakan atau sahabatnya itu.

    Kesimpulannya di sini bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Bukan sahaja pencari nafkah untuk keluarga tetapi juga membantu isteri dalam membentuk anak yang bersahsiah cemerlang. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saudari fara. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.

    ReplyDelete