Monday 14 December 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK




Bahaskan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Berikan pendapat anda tentang pernyataan ini. 

6 comments:

  1. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi kedua terpenting dalam mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang postif, maka positif lah tingkahlaku kanak-kanak tersebut, jika sebaliknya, maka negatif lah hasilnya. Pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang kuat kerana pada peringkat ini kanak-kanak mula melalu proses untuk menilai tentang persekitaran di sekelilingnya. Kanak-kanak sudah mampu berfikir logik apabila ingin melakukan sesuatu. Selain itu, kanak-kanak mula pandai memilih rakan. Disini, kita dapat lihat daya kognitifnya untuk memilih rakan yang baik atau tidak.Seterusnya, daya peniruan juga berlaku. Apabila kanak-kanak itu menunjukkan peniruan yang kurang baik, berlaku la kes seperti derhaka dan melawan cakap ibubapa. Perkara ini berlaku disebabkan peniruan daripada rakan yang tidak baik. Oleh sebab itu, ibubapa perlu memantau rakan yang menjadi rakan sepermainan anak mereka, agar mereka tidak terpengaruh benda negatif dari awal.sekian terima kasih (:

    ReplyDelete


  3. Assalamualaikum saudari,pada pendapat saya rakan sebaya merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kita, kerana dengan adanya rakan kita akan membentuk sahsiah dan jati diri yang baik..jika kita bijak memilih rakan sebaya ,maka kita akan menjadi modal insan yang cemerlang.Malah kita perlu bijak memilih rakan sebaya yang mahu bersusah senang bersama –sama dengan kita.bagi saya pemilihan rakan sebaya amat penting untuk saya meneruskan hidup kerana dengan adanya moral support dari rakan sebaya inilah membuatkan saya semangat dalam meneruskan kehidupan

    Selain itu, perkembangan sosioemosi merupakan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang.penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi,pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang.aspek ini akan dipengaruhi pembelajaran kanak-kanak.perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri ,diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami keperluan,emosi dan oandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni ~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudari fara. Terima kasih kerana telah membuka soalan forum untuk kalangan dewasa seperti saya, seperti sedia maklum bahawa persoalan terhadap tajuk yang diberikan iaitu peranan rakan sebaya dalam membentuk sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan fahaman saya terhadap perkembangan kanak-kanak sangat mementingkan persekitaran yang baik, misalnya rakan sebaya adalah salah satu agen yang membentuk sosioemosi kanak-kanak. Hal ini berlaku semasa kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, ini mengakibatkan kanak-kanak akan mempelajari benda baru semasa berkenalan dengan rakan sebaya mereka tidak kiralah dari sudut fizikal dan mental. Lantaran itu, sesi persekolahan kanak-kanak adalah sangat panjang boleh dikatakan kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka. Contohnya, pada waktu pagi mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan, waktu petang pergi kelas tambahan. Oleh itu, kanak-kanak mempelajari benda baru apabila setiap dari mereka berkongsi masalah, kegembiraan, dan lain-lain lagi dalam bentuk norma kehidupan. Hal ini tidak dapat di sangkal lagi apabila seorang rakan lebih memahami sahabat mereka berbanding keluarga mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam saudari Ruhaimah. Terima kasih kerana memberi pandangan tentang pernyataan ini. Bagi pendapat saya rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Terima kasih

      Delete
  5. Assalamualaikum saudari. Terima kasih dengan topik perbincangan ini yang berkaitan dengan rakan sebaya. Mungkin anda sendiri juga banyak kawan atau rakan sebaya. Namun rakan sebaya yang bagaimana anda pilih?

    Generasi sekarang atau digelar sebagai generasi'Z' lebih mengutamakan rakan sebaya berbanding keluarga dan adik beradik.Oleh itu rakan sebaya banyak mempengaruhi dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Emosi adalah perasaaan dan mood yang melibatkan reaksi psilogikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri dan bentuk-bentuk yang tertentu. Dalam perkembangan kanak-kanak ianya adalah aspek yang penting selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran serta tingkahlaku kanak-kanak itu sendiri.
    Tingkahlaku emosi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
    Berpunca dari faktor luaran dengan menunjukkan reaksi emosi yang boleh dilihat seperti ketawa, senyum, menangis, masam muka , tidak berkata dan sebagainya.
    Berpunca dari faktor dalaman: ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan. Mempunyai rakan bermaksud kanak-kanak perlu berinteraksi atau bersosial maka ini kemahiran sosial adalah kemahiran kanak-kanak untuk mereka membina kesedaran tentang orang lain dan perasaan mereka serta mempunyai kebolehan untuk mengekalkan perhubungan tersebut .Kemahiran ini juga menjadikan mereka pandai dan mudah untuk mendekati orang lain dan berkomunikasi dengan cara yang efektif.

    Berdasarkan kedua-dua maksud ini boleh disimpulkan bahawa selain keluarga membina perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut, mereka juga memerlukan rakan sebaya juga dalam membantu meningkatkan perkembangan sosioemosi mereka. Hal ini kerana keluarga merupakan hanya satu kelompok masyarakat kecil sahaja, sedangkan kanak-kanak kelak akan berhadapan dengan kelompok masyarakat yang lebih besar apabila mereka beransur dewasa.

    Bagi proses perkembangan sosioemosi ini rakan sebaya membantu dalam membina kemahiran berinteraksi dengan orang-orang di persekitarannya dengan lebih yakin dan nilai-nilai yang baik. Cuma di sini kanak-kanak perlu bijak berkawan kerana kawan atau rakan sebaya pun terbahagi kepada dua iaitu rakan yang membina peribadi mulia atau rakan yang sebaliknya. Bagi membina perkembangan sosioemosi kanak-kanak masa kini bukan saja keluarga memainkan peranan penting bahkan rakan sebaya juga menjadi tulang belakang kedua bagi membina kanak-kanak tersebut untuk berinteraksi dalam masyarakat dengan yakin.

    ReplyDelete