Monday 14 December 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARI INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN







Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju mengenai pernyataan di atas iaitu "kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dari intelek dalam dunia pekerjaan"?? 

5 comments:

  1. Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
    Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
    Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudari , saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang topik ini.Pada pendapat saya,saya tidak bersetuju dengan pernyataan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dari intelek dalam dunia pekerjaan.Saya berpendapat sebegini kerana,kecerdasan emosi,sosial dan intelek boleh dikatakan sama penting . Jika terdapat kekurangan dari segi keti-tiga kecerdasan tersebut , maka akan kurang kualiti hasil kerja seseorang individu dalam bidang pekerjaan tersebut.Saya selitkan definisi setiap kecerdasan .…kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan dirinya sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga
    merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan .Kecerdasan sosial merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam bidang pekerjaan.Sosial ini berkait rapat dengan cara kita berinteraksi,berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat setempat.Manakala kecerdasan intelek bermaksud kemampuan intelektual, analisa, logika dan rasio. Ia merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah infomasi menjadi fakta.Kecerdasan ini berkait rapat kerana untuk menghasilkan kualiti seseorang individu yang baik

    ReplyDelete
  3. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai kecergasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan kerana sejak kecil kita telah memiliki emosi dan berinteraksi dengan emosi tersebut. Kebiasaan kita dalam menanganinya akan terus terbawa dan menjadi karakter seseorang ketika dewasa. Dengan demikian, alangkah berbahagianya seorang anak yang memiliki orangtua yang peka dan pelatih emosi yang baik. Anak seperti ini akan berlatih menangani dirinya sejak masa kecil. Untuk topik ini insya Allah akan saya posting dalam kesempatan yang akan datang.

    Bagaimana jika ketika dewasa kita kurang memiliki kematangan secara emosional? Jawabannya adalah kecerdasan tersebut dapat dilatih. Cara paling awal adalah dengan mengenali emosi diri Anda ketika terjadi. Kenali apa saja yang berkecamuk dalam dada Anda dan suara-suara yang memerintahkan Anda untuk bertindak. Tahapan berikutnya adalah melakukan kontrol diri terhadap berbagai bentuk emosi yang ada. Bagaimana Anda mengendalikan diri ketika marah, tidak terpuruk ketika merasa kecewa, dapat bangkit dari kesedihan, mampu memotivasi diri dan bangkit ketika tertekan, mengatur diri dari kemalasan, menetapkan target yang menantang namun wajar, serta bisa menerima keberhasilan maupun kegagalan dengan lapang dada.

    Jika hal tersebut sudah Anda kuasai, selanjutnya adalah melatih kematangan sosial. Bagaimana Anda berempati – merasakan apa yang dirasakan orang lain – sehingga bisa memberi respon yang tepat terhadap sinyal-sinyal emosi yang ditampilkan orang lain. Kematangan ini akan mudah dikembangkan jika Anda aktif terlibat dalam organisasi, bekerjasama dengan orang lain dan memiliki interaksi sosial yang intens. Latihlah kemampuan Anda dalam memimpin dan dipimpin, memotivasi orang lain, serta mengatasi dan mengelola konflik.

    Bagi saya pribadi, memahami emosi sangat membantu dalam mengenali diri dalam tahap awal. Selanjutnya adalah mengenali dan mengendalikan oknum-oknum yang saling berperang dalam diri: berbagai keinginan, kesombongan, iri hati, dengki, kebencian, amarah dan sifat-sifat lainnya. Cerdas secara emosional akan membantu Anda pada tahap awal untuk mengenali diri dengan lebih baik, sekaligus bersikap positif dan melatih kematangan menghadapi kehidupan, apapun yang terjadi: susah atau senang, sukses atau gagal, mudah atau sulit.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudari fara. “bak kata pepatah melentur bulu biar dari rebungnya” iaitu bermaksud mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil agar mudah mereka menerima apa yang ditarbiyyahkan kepada mereka. Oleh itu, saya kembali dalam memberi perkongsian di dalam forum saudari. Berdasarkan tajuk forum pada kali ini saya memasukkan sekali pepatah melayu, hal ini adalah kerana ada benarnya apa yang diperkatakan oleh orang terdahulu. Kerana sebagai seorang ibubapa pada masa akan datang saya juga inginkan anak yang berjaya. Oleh itu, saya memulakan dengan diri saya sendiri dengan mempelajari ilmu dalam pendidikan awal kanak-kanak, ia bertujuan pada masa akan datang saya mempunyai ilmu yang dapat mendidik anak-anak saya agar dapat menjadi kanak-kanak yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik dan norma kahidupan. Siapa yang tidak mahu mempunyai anak yang berjaya. Hal ini, mengakibatkan saya bercadang bahawa sebagai seorang ibubapa apabila mereka mendapat anak perlulah mereka ini menuntut ilmu supaya mereka dapat melahirkan generasi yang mampan. Disamping itu, institusi kekeluargaan dapat dibina dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...saudari Farah Izzati.

    KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARI INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN yang mana diutarakan untuk topik perbincangan merupakan satu topik yang bagus dan saya di sini bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah penting dalam membina kerjaya atau pekerjaan. Individu yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ) dan sosial yang baik dan diadun dengan kecerdasan intelek(IQ) akan menjadi pekerja yang berjaya dan disenangi oleh rakan sekerja. Hal ini kerana individu ini dapat membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan dapat bertoleransi dalam bekerja serta dapat menghadapi dan menyelesaikan masalah yang berlaku semasa bekerja dengan bijaksana tanpa menyebabkan rakan sekerja atau majikan tertekan dengan tingkahlaku yang tidak menyenangkan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan intelek yang baik dan kecerdasan emosi yang tinggi disamping kemahiran sosial yang bagus akan menjadi pekerja yang terbaik.Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi (EQ) penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

    Kesimpulannya kecerdasan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek di dalam dunia pekerjaan kerana ia membentuk individu itu menjadi insan yang kental dalam menghadapi cabaran dalam pekerjaan dan seterusnya kehidupan.

    ReplyDelete